KELEBIHAN LAZARUS PONSETI
Sudah lebih 20 tahun syarikat kami menjual kasut Talipes, malah sebelum kaedah Ponseti diperkenalkan sebagai piawai emas dalam rawatan clubfoot lagi. Sudah beberapa generasi keluarga kami telah terlibat dalam penghasilan dan penjualan kasut Talipes ini. Kini, kami telah membuat pelaburan yang tinggi untuk melanjutkan lagi penyelidikan dan pembangunan Ponseti Boots & Bars secara global.
Kami memiliki peralatan perkilangan dan mesin bagi membolehkan kami menghasilkan produk kami sendiri serta memperbaiki dan menaik taraf produk kami secara berterusan.
Kami menjual kasut dan bar kami di seluruh dunia dan kami bekerjasama dengan pakar-pakar Ponseti di serata dunia. Mereka telah membantu kami melaksanakan sebahagian daripada penambahbaikan seperti yang dijelaskan di bawah. Dengan menggunakan kasut dan bar Lazarus, pesakit atau anak anda akan mendapat manfaat daripada kerjasama global kami dan juga keupayaan kami untuk memperbaiki lagiPonseti Boots & Bars secara berterusan.
S a t u T I N G K A P P E R I K S A T U M I T
B A H A N S I L I K O N L E M B U T
Kasut kami diperbuat daripada bahan oring lembut yang lebih selesa dan dapat mengelakkan blister.
P E R M U K A A N A T A S Y A N G L E B I H L E B A R
Permukaan atas kasut Lazarus diperbuat daripada satu oring suede sahaja, secara langsung memberi sokongan yang lebih baik pada pergelangan kaki dan memastikan posisi kaki yang lebih stabil.
L I D A H K A S U T B E R L A P I K
Setiap kasut Lazarus mempunyai lidah berlapik yang diperbuat daripada bulu kambing biri-biri untuk mengelakkan pembentukan blister pada permukaan atas kaki (instep).
T A L I I N S T E P
Penggunaan satu oring oring sahaja di bahagian atas kasut Lazarus membolehkan kami meletakkan tali instep pada kedudukan yang ideal iaitu pada 45 darjah. Ini dapat membantu mengagihkan tekanan daripada tali instep dengan lebih sekata, sekaligus mengelakkan pembentukan blister pada permukaan atas kaki.
BAR DINAMIK
Kami mempunyai bar dinamik kami sendiri yang boleh dipadankan dengan kasut Lazarus dan Markell.